Friday, October 30, 2009

Paripurna hitungannya (Apologi buat Afifah Hamdan)

Ceritera bermula dengan hitungan,
Kiraan satu hingga sembilan.

Dengar dia kira pelat bunyinya,
Juling di mata mulut menganga.

Sesudah tiga disebutnya lima,
Membilang tiga tercicir pula dua.

Demikian kau kata dia gila,
Dia bodoh tak reti mengira.

Tidak seperti engkau manusia siuman,
Lidahmu fasih membilang sembilan.

Tanpa satu angka pun yang keciciran,
Tanpa kau menghulurkan jari-jemari tangan.

Sekarang kau dengar dia kata kau bodoh,
Membilang hanya sembilan sedangkan jari tanganmu sepuluh.

Selepas tiga kau sebut empat,
Kerna fasih bicara mulutmu kuat mengumpat.

Sebelum tiga kau kata dua,
Kerna matamu jelita kau melihat yang dusta.

Sedang hidup sudah seperti belida, sisik ada tulang pun ada,
Jangan engkau memilih neraka, kerna dia terpilih ke syurga.

Mengapa kau menganga manusia siuman?
Adakah kau terpana dengan hitungan?

Kenapa kita tidak memahami hati sendiri?

Ingat dahulu kecil-kecil, kita semua suka main, bila sedang main-main , kita semua galak suka, kita betul-betul suka ,sedang galak suka gila, tiba-tiba kita nangis, sedang kita nangis-nangis, kita nangis betul-betul, tapi, bila sudah besar-besar, kita boleh pura-pura, pura-pura suka-suka, pura-pura nangis-nangis, konon-konon bila orang-orang nampak, mereka boleh tolong, ‘Emosi perlu diadun dengan intelek, kalau tidak,dituntun pun ia tergolek’.

Saturday, February 21, 2009

buah nangka.

baru berjinak-jinak.